Saturday

KEBAIKKAN SET TIMEWISE MARY KAY





APABILA usia mencecah 40-an, kebanyakan wanita berasa gusar dengan tanda penuaan yang mula jelas kelihatan.

Wajah dulunya masih kelihatan muda kini sudah menunjukkan kedutan malah ia mungkin menambah tekanan kepada sesetengah wanita.Perlu diketahui, ketika berada dalam lingkungan usia 20-an hingga 30-an, tanpa disedari garis halus mula muncul secara perlahan pada wajah.

Apabila memasuki usia 30-an, garis kedutan yang dulu hanya kelihatan sedikit kini bertambah jelas khususnya di bahagian mata.

Walaupun kedutan mula bertambah, sebenarnya ia masa terbaik untuk mula melakukan penjagaan wajah dengan produk antipenuaan bagi membantu melambatkan prosesnya.

Terdapat dua faktor penuaan berlaku pada kulit iaitu dalaman dan luaran. Faktor dalaman atau dikenali sebagai proses penuaan semula jadi adalah satu proses yang berterusan dan biasanya bermula pada pertengahan 20-an.

Pada awal usia 20-an, kulit akan mula melambatkan penghasilan kolagen dan elastin yang menyebabkan kulit kurang anjal.

Antara tanda jelas penuaan biasa dapat dilihat adalah kedutan, penipisan kulit, kering dan gatal serta kemunculan garis halus terutama di bahagian dahi atau mata.

Selain dalaman, faktor luaran juga boleh membantu mempercepatkan penuaan disebabkan tekanan dari alam sekitar seperti pendedahan kepada cahaya matahari dan gaya hidup tidak sihat.

Ini termasuk merokok, kurang bersenam, pengambilan alkohol, tekanan, tidur tidak mencukupi dan amalan pemakanan kurang sihat.

Berbanding mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam dan menjaga pemakanan, ia dapat menjadikan kehidupan lebih ceria, awet muda serta cergas sekali gus membantu melambatkan proses penuaan pada kulit.


Walaupun penuaan suatu proses berlaku secara semula jadi untuk setiap manusia tidak mengira jantina, mencegah adalah lebih baik daripada merawat bagi membantu melambatkan kemunculannya. 

Sekarang dengan TimeWise® Miracle Set® ialah satu rejimen terbukti yang direka khas untuk membawakan faedah penentang usia yang anda inginkan. Empat produk hebat dalam set ini memberikan faedah membersih, mengelupas, menyegar, menghidrat, melicin, menegang, melembut, melindungi, mencesgas, membina semula dan mengurangkan garis halis dan kedutan. semua ini direka untuk bertindak dengan keperluan kulit anda pada siang hari dan waktu malam untuk melawan tanda penuaan supaya kulit anda kelihatan lebih muda.

No comments:

Post a Comment

Leave Your Comment Here