Wednesday

BAHAYANYA PRODUK YANG MENGANDUNGI MERCURY




Uols tau tak bahaya2 daripada penggunaan kosmetik yang ada mercury? Tak tau? Nak tau.....diantaranya ialah :-

-Kanser (Kanser kulit,kanser payudara,kanser payudara)
-Meningkatkan potensi untuk dapat penyakit hilang ingatan(nama sendiri pun xingat kang)
-Kegagalan buah pinggang untuk berfungsi(mercuri menyerap masuk ke dlm kulit then masuk ke dalam darah bawak ke buah pinggang ,berkumpul kat situ..habis rosak buah pinggang ).Lagi satu bau air kencing kuat cam bau logam adalah salah satu tanda wujudnya mercury dlm badan kite.
-Parkinson(penyakit saraf).

Uols nampak tak betapa bahaya nya mercury ni,fungsi2 penting dalam badan habis rosak. Untuk jangka pendek mmg tak nmpk tapi untuk jangka panjang, MasyaAllah dijauhkan.

Uols nak tahu macamana nak detect yang sesuatu product ada mengandungi mercury. Diantaranya ialah:-

1)Melekit-lekit. Nak sapu kat muka pun bukan main payah nak ratakan.

2)Tidak Homogen.Kalau kita biarkan krim tu,akan nampak lapisan minyak terpisah dari lapisan yg padat.

3)Kulit putih segera.Tagline kulit cerah dalam penggunaan 3 hari sahaja. Ahh ambik kau 3 hari tu...Mengandungi banyak merkury memanglah laju je kulit putih. Kalau uols perasan putih nye plak semacam, bukan putih natural cam amoi tu.

4)Jerawat langsung takda. Jangan cepat melompat bila ni terjadi. Sebenarnya kulit epidermis(lapisan kulit yg paling atas sekali) dah rosak. Kulit dah ROSAK tu dah hilang protein dan melanin yg sgt la penting untuk melindungi kulit dari sinar UV. Dan kenapa jerawat dah takda, ini adalah sebab kuman/bakteria pun tak sudi nak duduk tempat yg dah rosak. Betul tak hehehehe

5)Cuba hidu mesti bau logam. Merkuri ialah logam berat yg berbentuk cecair. So bau logam bau dia kuat menyengat, tapi pengusaha sekarang bijak, mereka sudah letak pewangi.

6) Kebiasaanya produk ini mesti ada krim siang malam berwarna putih-kuning. Krim siang kuning, krim malam putih.

7)Berkilau blink2. Tekstur kosmetik yg ada mercury ni berkilau2,kilat2 sikit. Cuba tengok kat kulit lepas pakai tu ada x kilat2. Ingat!!! mercury adalah logam sebab itu dia berkilat.

8)Bila stop pakai,bintik2 tumbuh kat muka, gatal2. Lama2 kulit jadi kehitaman dan kusam lebih teruk daripada sebelumnya.

9)Kulit sensitif dengan matahari.Kena matahari kejap je pun dah merah dan rasa terbakar.

Jadi uols yang gorgeous2 ni janganlah nak putih melepak seawal 3 atau 7 hari tapi kesannya amat buruk pada kita. Jadilah pengguna bijak dan gunakanlah produk yang selamat dari bahan merbahaya seperti mercury.

No comments:

Post a Comment

Leave Your Comment Here