Wednesday

Saya dan Mary Kay


Mary Kay, memang satu nama yang tidak dapat dipisahkan dalam hidup saya.  Walau selama mana saya berhenti dan pergi tapi Mary Kay tetap TIDAK boleh dipisahkan dari saya dari 2009 sehingga kini. 

Masih segar didalam ingatan, diwaktu ini, tarikh dan ketika ini dalam tahun 2012 telah berlaku sesuatu perkara pada saya dan keluarga. Encik suami telah mengalami demam, beliau telah pergi ke klinik dan makan ubat yang diberi tapi langsung tiada perubahan. Doctor mengatakan suami disyaki denggi. Setelah seminggu berkeadaan begitu encik suami telah dimasukkan ke hospital.  Beliau telah tinggal dihospital selama 2 bulan tanpa mengetahui punca sakit sebenar. Yang pasti setiap hari encik suami demam panas sehingga menjangkau 40 Celsius sehingga keakhir hayatnya. 

Disini bermulalah episod saya meninggalkan dunia Mary Kay. Ini adalah kerana saya menjaga anak-anak dan setelah sebulan encik suami semakin lemah saya juga tinggal bersama-samanya dihospital. Anak-anak ditinggalkan dirumah keluarga selama sebulan. Dalam waktu ini juga ramai customer saya yang membuat tempahan terpaksa ditolak dan mereka yang ingin menjadi Perunding kecantikan juga terpaksa saya lepaskan. 

2 bulan genap dihospital encik suami dibenarkan keluar  tapi keadaannya yang sangat kurus, lemah dan masih bergantung dengan ubat-ubatan. Saya dan anak-anak menjaganya setiap hari tapi Allah lebih sayangkan beliau.  Encik suami pergi bertemu penciptaNYA pada 9/2/2013. Saya dan anak-anak hilang tempat bergantung, dan alhamdulilah saya dikurniakan anak-anak yang sangat kuat semangatnya. Mereka hanya menangis sehingga hari pengebumian arwah sahaja. 

Mulai saat itu, saya terus melupakan dunia Marykay walaupun saya masih seorang pengguna. Ramai pelanggan-pelanggan tetap yang membuat tempahan terpaksa saya tolak dan setengahnya saya berikan tempahan mereka kepada seorang sahabat yang telah menjadi seorang Sales Director Mary Kay yang sangat berjaya. Seseorang yang boleh dipanggil sahabat dunia akhirat yang terlalu banyak jasanya, hampir setiap minggu melawat saya dan encik suami di hospital. Bersama-sama menitiskan airmata semasa melihat encik suami yang sakit. Dan yang paling tidak saya boleh lupakan sehingga ke akhir hayat adalah sedekah beliau pada saya dan keluarga mulai encik suami di hospital sehinggalah sekarang tidak pernah putus setiap bulan.  Walaupun malu untuk saya menerimanya tapi saya tidak boleh menolak untuk sahabat saya mendapatkan pahala dari Allah S.W.T. Saya sentiasa mendoakan beliau terus berjaya dalam Mary Kay dan bahagia di dunia dan akhirat. Amin. 

Niat ikhlas beliau itulah yang membuatkan hati dan perasaan saya membuak-buak untuk kembali ke dunia Mary Kay. Saya ingin menjadi seperti beliau, berjaya di dalam Mary Kay dan berjaya membuat amalan yang sangat-sangat dituntut oleh agama iaitu SEDEKAH. InsyaAllah semoga niat saya ini dipermudahkan demi untuk anak-anak dan demi untuk agama. Terima Kasih tak terhingga untuk sahabat saya itu yang banyak memberi perangsang dan dorongan untuk saya terus kembali ke dunia Mary Kay. 

Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat, keluarga dan jiran tetangga saya yang lain, terlalu banyak jasa-jasa anda semua semasa saya dalam keadaan sedih dan susah hati sewaktu encik suami terlantar sakit dan juga sewaktu arwah meninggalkan kami semua.  Pertolongan anda semasa encik suami sedang terlantar sakit, anda tidak jemu-jemu datang melawat dan mendoakan untuk encik suami memang saya tidak akan lupakan,  dan pertolongan anda selepas itu juga sangat-sangat saya ingati dan hargai.  

Terlalu ramai sahabat-sahabat, keluarga dan jiran tetangga  yang jika disebut penuh 1 facebook list.  Biarlah nama mereka tertanam di hati arwah, saya dan anak-anak. Jasa anda kami bawa hingga ke akhir hayat.  

Mary Kay, saya akan terus semai di hati saya dan terus ingin memperkayakan diri sendiri dan wanita-wanita diluar sana. Benarlah seperti falsafah yang Mary Kay amalkan. "Do unto others as you would have them do unto me'....dan memberi keutamaan kepada 3 benda terpenting dalam hidup setiap orang, God First, Family Second and Career Third.....yang mana tidak pernah saya jumpa di dalam mana-mana syarikat yang lain.

InsyaAllah semoga dengan niat yang ikhlas ini, segala yang dirancang akan dipermudahkan, Amin.



No comments:

Post a Comment

Leave Your Comment Here