Friday

TIMEWISE® MOISTURE RENEWING SOFTENER

 147ml

Saiz sebenar liang roma (pori) kita tidak berubah apabila kita semakin tua. Kita kata pori bertambah besar, sebenarnya ia hanya menjadi lebih ketara akibat pengenduran dinding pori. Memang mustahil untuk mengecilkan saiz pori, namun anda boleh mengurangkan keketaraannya dengan TimeWise® Moisture Renewing Softener.

BAGAIMANA IA BERTINDAK

Pelembut ini dirumus khas untuk menjadikan kulit anda berasa lembut bak sutera, dihidratkan dan sedia menerima pelbagai faedah daripada setiap langkah yang berikutnya.
 Ia menyeduh kulit dengan lembapan. TimeWise® Moisture Renewing Softener mengandungi natrium hialuronat penggemar lembapan, satu humektan kuat yang bertindak seperti span pada kulit anda, membantu menarik lembapan supaya kulit anda boleh menggunakannya secara lebih berkesan. Kulit akan segera dilembapkan dan membantu kulit kelihatan lebih licin, sihat dan mudah pulih.
  •  Ia membantu mengurangkan keketaraan pori. TimeWise® Moisture Renewing Softener dirumus dengan mirtus komunis, sejenis ekstrak daripada pokok bunga mirtel, dan ekstrak biji lentil yang kedua-duanya dapat membantu menyokong matriks derma kulit. Tekstur kulit kelihatan halus serta dapat mengurangkan keketaraan pori dan garis-garis halus.
  •  Ia menjadikan kulit kelihatan lebih cerah. Dirumus dengan Niasinamida, pelembut ini membelai dan menjadikan kulit kelihatan lebih cerah, berkilau dengan seri wajah yang sihat. Niasinamida telah menunjukkan† keupayaannya mengurangkan kesan kerosakan akibat dedahan kepada UV yang menyebabkan pigmentasi tidak sekata

No comments:

Post a Comment

Leave Your Comment Here