Saturday

TIMEWISE LIQUID FOUNDATIONS


Timewise liquid foundation ini baru saja di lancarkan dengan harga RM70. Ia adalah sebatian peptida yang mengandungi vitamen E dimana dapat bertindak sebagai antioksidan yang dapat membantu meneutralkan kerosakan kulit yang disebabkan faktor umur.

Foundation ini didatangkan dalam 2 jenis  iaitu TW Luminous-Wear untuk kulit normal/kering dan TW Matte-Wear untuk kulit kombinasi/berminyak. Kedua duanya disediakan dengan 6 rona iaitu Ivory 3, Ivory 5, Beige 3, Beige 5, Bronze 1 dan Bronze 6. Boleh rujuk gambar di atas.

Secara ringkasnya faedah yang boleh kita perolehi dari foundation timewise ini ialah :-
- Menentang garis halus dan kedutan dengan ramuan penentang usia
- Kulit lebih tegang, lebih muda dan yang penting lebih sihat
- Dapat mengurangkan ketidaksempurnaan kulit seperti garis halus dan kedutan
- Formulanya yang keemasan berkilau segera melembap dan mencerahkan wajah
- Dapat mengawal minyak dan kilatan sepanjang hari
- Nada kulit akan bertambah elok secara keseluruhannya
- Pori kurang menonjol


Adalah lebih baik jika timewise liquid foundation ini digunakan bersama Mary Kay Liquid foundation brush yang di jual dengan harga RM48. Gunakanlah ia untuk pemakaian bedak asas cecair seperti seorang yang pro dalam bermake up. Tidak seperti sponge, bulu berusnya tidak menyerap make up maka ia amat menjimatkan. Tidak juga seperti kita menggunakan jari dimana mungkin ada minyak lebihan yang akan melekat di wajah kita.

Tips Pemakaian Timewise Liquid Foundation bersama Brush
1. Picit bedak asas dan letak di belakang tangan, bukan di tapak tangan
2. Celupkan berus ke dalam bedak asas tadi dan ratakan foundation di seluruh wajah.
3. Sapu ke arah luar dan ke bawah ketika menyapukan foundation
4. Kemudian teruskanlah dengan penggunaan bedak powder atau pun press powder.

Note - Bersihkan berus selalu

4 comments:

  1. Salam,

    Kalo saya nk beli produk dgn Haneem ada discount ke, saya mmg jd ahli pun tp sbb saya beli utk diri sendiri je takkan nk beli setiap bulan dgn bnyknya, kalo beli sikit2 xdpt discount pulak......kena beli lebih RM500 ke atas baru dpt 30% discount....kalo produk lain beli je dpt discount xkira la sikit ke bnyk......itu je yg saya xsuka MK ni tp produk dia baguih...

    ReplyDelete
  2. as salam wanAni, nanti leh email saya ye

    ReplyDelete
  3. Assalam.. sy nk order timewise matte-wear ivory5.. blh sy tau harga skang brapa? Yg sy punya tu dh nk hbs..

    ReplyDelete

Leave Your Comment Here