Tuesday

MARY KAY SUN PROTECTOR

Adakah anda mempunyai masalah nada kulit yang tidak sekata, age spots dan kerosakan kulit akibat matahari, cubalah sun protector SPF 35/PA+++ dari Mary Kay. Ia dapat melindungi kulit anda dengan memberi rating tertinggi dalam perlindungan UVA. Gunakanlah ia sebagai perlindungan terakhir dalam rejimen perlindungan kulit anda.

Sun Protector ini jugak dapat menghalang sinaran UVB yang boleh menyebabkan kulit muka kita mudah terbakar, malahan ia juga dapat melindungi kulit kita dari sinaran UVA. Bahayanya UVA ini dimana ia boleh menembusi jauh ke dalam kulit kita. Sinaran UVA inilah yang boleh membuatkan kulit kita akan nampak tanda2 penuaan yang begitu ketara seperti kedutan dan kulit yang tidak sekata.


Dengan pemakaian Mary Kay Sun Protector yang berharga RM120 (59mL) ini, anda dapat membantu menghalang kedua2 jenis sinar UV yang berbahaya ini. Yang penting kulit kita akan sentiasa cantik tanpa cela, tidak terbakar dek matahari dan dapat menghalang penuaan sebelum waktunya. Memang best dan saya sukakannya walaupun ia agak berminyak sedikit tapi yang penting kulit saya dapat dilindungi dari sinaran UVA & UVB setiap hari.

Lagi satu Mary Kay Sun Protector ni juga ada antioksidan Vitamin E(Tocopherol Acetate). Ia dapat menghalang kulit kita dari kerosakan radikal bebas yang menyebabkan pengoksidaan.

Cara nak guna pula ialah anda sapukan Sun Protector ke muka selepas menggunakan pelembab, ratakan ia ke seluruh muka. Kemudian setelah ia meresap dalam 2 minit barulah anda sapukan foundation dan seterusnya. Pastikan anda memakainya sebelum anda terdedah kepada cahaya matahari. Pakailah bila2 masa di siang hari kerana walaupun hari mendung sinaran UV tetap boleh sampai ke bumi kita ini.

Skin Care Foundation turut mengesyorkan produk ini digunakan sebagai alat bantu dalam pencegahan kerosakan kulit akibat matahari. Hubungi saya untuk dapatkannya.