Sunday

PENGGUNAAN MASK



Adakah anda tidak suka atau tidak pernah menggunakan mask? Tahukan anda betapa pentingnya mask dalam rutin penjagaan muka kita. Bila kita pergi membuat facial muka di mana-mana, mask adalah salah satu perkara yang wajib, tak kira produk mahal hatta murah, betul tak?

Mask Mary Kay adalah salah satu produk yang paling di gemari oleh semua pengguna Mary Kay. Rata-rata pengguna akan berpuashati dan menyukainya.

Bahan utama mask F1 adalah bunga raya atau hibiscus iaitu berfungsi untuk membantu mengurangkan kulit muka yang terlalu kering. Ia juga amat sesuai untuk kulit yang sensitif. Dan yang penting anda perlu tahu, ia tidak menjadi keras di wajah kita. Oleh kerana mask F1 lebih lembut, anda boleh menggunakannya sehingga 3 kali seminggu.

Bahan utama mask F2 pula adalah dari buah delima dan sedikit tanah liat. Ia amat sesuai untuk kulit normal atau kombinasi. Apabila mask ini digunakan, anda akan terasa seperti kulit muka anda di tarik- tarik dengan lembut. Ini adalah kerana fungsi tanah liat yang menyerap segala kekotoran/white head dari kulit muka. Kulit anda akan kelihatan lebih bersih selepas mengunakannya. Mask F2 tidak akan terlalu keras di wajah anda. Anda boleh menggunakannya sehingga 2 kali seminggu.

Antara bahan-bahan yang terkandung dalam Mask F3 pula adalah ekstrak witch hazel, lavender, oat dan tanah liat. Ia amat sesuai untuk kulit yang berminyak. Semasa penggunaannya, ia menjadi keras di wajah dan anda dapat merasakan kulit muka menjadi lebih tegang. Ini adalah kerana pengunaan tanah liat adalah lebih banyak berbanding mask F2. Segala kekotoran akan di tarik keluar dari pori-pori muka. Ini menjadikan kulit anda bersih dan pori-pori tidak tersumbat. Anda di nasihatkan mengunakannya hanya sekali seminggu.


Penting juga anda tahu mengenai penggunaannya. Pastikan anda memakai mask selepas cleanser, dan pastikan kulit muka dalam keadaan kering. Setelah itu sapukan mask seluruh muka kecuali bahagian mata. Lihat gambar di atas ye, tapi jgn pakai sebelah muka pulak. Tu gambar masa skin care class, bila betul2 sapulah seluruh muka tau. Biarkan dalam 15minit, tetapi jangan pulak sampai berjam2 hatta bawak tidur. Tidak boleh sama sekali ok.


Bila nak bilas pulak, ambik air percik2 kan ke muka. Kasi mask tu lembut dan mulalah mengosok2 muka dengan menggunakan 3 jari terakhir. Buat ala2 gaya tengah scrub muka. Tulah function mask botanical ni, mask cum scrub. Bila dah puas hati, bilas sehingga bersih. Kemudian teruskan dengan freshner dan bahan2 seterusnya ok. Harga RM75 setiap satu samada F1, F2 atau F3.