Saturday

LIPSTICK TAHAN LAMA


Adakah lipstick anda cepat pudar dan bibir anda sentiasa kelihatan seperti tidak memakai sebarang lipstick? Jika ya anda boleh cuba gunakan tips ini, semoga lipstick anda akan lebih tahan lama dan bibir tetap sihat dan menawan.

1. Keringkan bibir dengan menggunakan tisu atau kain yang lembut dan bersih.

2. Sapukan lipgloss atau pelembab bibir secara tipis dan merata, kemudian biarkan sekejap dalam 2-3 minit, biarkan ia kering.

3. Bentukkan bibir dengan lip liner yang warnanya sesuai dengan warna lipstick yang akan anda gunakan.

4. Sapukan lipstick ke bibir, amat baik jika anda menggunakan brush lipstick.

5. Ambil sehelai tisu, kemudian tekapkan bibir dengan tisu tersebut selama 2-3 minit.

6. Ulangi step 4, pastikan dalam 1 jam lipstick di bibir anda sebelum makan dan minum.

So, anda boleh mencuba tips diatas ok tetapi ingat, supaya bibir anda sentiasa sihat, pastikan lipstick harus dibersihkan setiap 6 jam pemakaian sebelum anda menggunakan lipstick kembali.

Selamat mencuba……