Monday

HARGAI BIBIR KITA



Bibir, setiap dari kita mempunyai bibir. Ada yang menjaganya dan ada yang ambil ringan saja. Tahukah anda, dari bibir kita akan tahu samada seseorang itu sihat atau tidak, dan adakah dia seseorang yang menjaga penampilannya atau tidak.

Bibir kita hanya mempunyai lapisan kulit yang nipis iaitu hanya 3-5 lapisan sahaja. Sedangkan kulit lain mempunyai sehingga 16 lapisan. Bibir kita tidak mempunyai liang roma, kelenjar peluh mahupun kelenjar sebum yang dapat menghasilkan lembapan. Oleh kerana itu bibir kita adalah bahagian yang mudah kering, sensitif dan paling perlu di jaga berbanding bahagian lain di wajah kita.

Disini ada sedikit tips ringkas untuk kita menjaga bibir kita supaya sentiasa sihat, lembap dan mongel hehehehe.


1. Siang Hari - Dengan menyapu pelembab bibir setiap kali kita keluar rumah merupakan asas yang paling penting dan selalu di anggap remeh oleh kita. Sebelum menyapu sebarang pelembab, penting kita memastikanlah bibir kita kering dan tidak basah. Ini dapat membuatkan pelembab dapat di aplikasikan dengan sempurna dan berkesan. Anda boleh memilih pelembab 'Satin Lip Balm' yang berharga RM35 atau pelembab 'Tinted Lip Balm' yang mempunyai warna yang unik dengan harga RM55 sahaja.


2. Malam Hari - Amatlah penting sebelum tidur, kita mencuci kesan2 lipstick pada bibir kita. Gunalah Oil Free Make up Remover dari Marykay yang berharga RM60. Ia begitu mudah digunakan dan bibir anda akan cukup bersih dengan hanya 1 sapuan sahaja.



3. Seminggu Sekali - Bersihkan bibir kita dengan menggunakan Satin Lip Mask yang berharga Rm45 seminggu sekali. Fungsi Lip Mask ini adalah untuk menanggalkan sel-sel kulit bibir yang telah mati. Hasilnya, bibir anda akan menjadi lebih merah, licin dan sihat. Kemudian jangan lupa sapukan Satin Lip Balm. Hasilnya treennngggg seperti bibir saya di bawah ini :))


Before


After


Note :- Tabiat menggigit dan menjilat bibir sebenarnya penyumbang utama bibir kita kering dan mengelupas. Elakkan menjilat bibir, jika bibir terasa kering segeralah menyapu lip balm ok.