Saturday

TIMEWISE® TARGETED-ACTION® EYE REVITALIZER



Cuba anda lihat cermin, ada tak lingkaran hitam atau omputih panggil eye bag sekitar bawah mata?
Bagi yang mementingkan penampilan sudah pasti ini amat merungsingkan. Melalui pembacaan saya, terdapat beberapa sebab yang menyebabkan terjadinya lingkaran hitam bawah mata. Antaranya ialah;

1. Selari dengan umur anda yang semakin meningkat.
2. Anda ada alahan.
3. Ciri-ciri kulit wajah anda sendiri.
4. Mengalami keletihan setelah bekerja seharian.
5. Kekurangan nutrisi pada tubuh anda.
6. Faktor genetik.
7. Pengaliran darah yang tak stabil.
8. Anda menghadapi tekanan dan tak dapat mengawalnya dengan baik.
9. Terdedah kepada cahaya matahari. (Bukan matahari waktu pagi yer.)
10. Penurunan berat badan yang agak mendadak.
11. Ada masalah pinggang dan juga perut.
12. Tisu lemak dan cecair.
13. Masalah sinus.
14. Anda memang ada masalah kesihatan.
15. Anda seorang perokok.

Kini anda boleh merawat dan mengurangkan masalah anda dengan menggunakan Timewise® Targeted-Action® Eye Revitalizer dari Mary Kay. Ia adalah serum yang dirumus khas untuk menghilangkan lingkaran hitam dan sembab di bahagian bawah mata. Kulit di sekeliling mata kita adalah kulit yang sangat sensitif kerana ia tidak mempunyai banyak kelenjar sebum dan kolagen berbanding dengan kulit muka di bahagian lain. Sebab tu bila memakai mask pun kita dilarang sama sekali letak dibahagian bawah mata.


Apabila wanita yang ada lingkaran hitam ini, pad lemak di bawah dermis merosot, menyebabkan kulit kelihatan lebih nipis, tidak bermaya, gelap dan sembab. Gunalah TimeWise® Targeted-Action™ Eye Revitalizer Mary Kay untuk mengatasi lingkaran hitam dan kesembapan di bawah mata. Anda akan merasai sendiri keberkesanannya.