Sunday

MINERAL POWDER FOUNDATION


Bahan utama Mineral Powder Foundation ini tentulah bahan yang berasaskan mineral. Mineral memang terkenal dengan sifatnya yang menyerap minyak, mudah dipakai, sapuannya rata serta melekat pada kulit muka. Selain itu bedak asas ini juga dapat menyembunyikan usia sebenar dengan menutup segala garis-garis halus dan kedutan di wajah.

Rahsia pemakaian mineral powder pula tidak lengkap tanpa berus yang sesuai. Mineral Foundation brush memang direka khas untuk dipadankan bersama Mineral Powder. Ia memang dicipta khas untuk saling melengkapi supaya dapat memberikan hasil yang maximum kepada pengguna. Bulu berusnya diperbuat dari bulu semulajadi yang lembut, pendek dan sungguh rata dibahagian hujungnya. Ia dibentuk begitu rupa untuk memberikan sapuan mineral powder dengan begitu kemas dan sempurna.



TIPS PEMAKAIAN MINERAL POWDER FOUNDATION

1. Bersihkan muka anda dengan skin care yang sedia ada. Kemudian biarkan pelembab dan skin care di muka kering dahulu.

2. Goncangkan bekas bedak secara perlahan-lahan untuk mengeluarkan bedak asas kedalam pengayak. Buka penutup bedak dan celupkan sedikit Mineral Foundation brush kedalam bekas dan ketuk sedikit pada bingkai bekas untuk menbuang lebihan bedak. Anda tidak perlu menggunakan semua bedak yang terlekat di brush tadi.

3. Putar-putarkan brush di dalam penutup supaya bedak melekat pada bulu brush.

4. Untuk menggunakannya, mula dari sapuan di bahagian tengah muka, dan sapukan ketepi muka hinggalah ke garis rambut. Untuk paras yang lebih natural, memadailah dengan satu sapuan sahaja. Untuk sapuan yang lebih tebal, ulangilah sapuan sehingga anda rasa sesuai dengan apa yang anda inginkan.

5. Anda akan dapat lihat hasilnya yang begitu natural dan yang penting brush Foundation + Mineral powder ini memang tidak akan mencomotkan dan menjadikan muka anda bercapuk -capuk.