Saturday

BAHAYANYA HIDROKUINON


MEMILIKI raut wajah yang gebu, cerah, licin, halus dan bebas daripada sebarang masalah adalah antara impian sebahagian besar kaum wanita. Tidak hairanlah jika terdapat pelbagai jenama krim pembersih dan pencerah kulit yang dicipta khusus untuk memenuhi keinginan tersebut.

Selain monobenzil, monometil, raksa, asid askorbik dan peroksida, hidrokuinon adalah salah satu bahan yang biasanya digunakan sebagai agen pemutih dalam kosmetik.

Ia adalah sejenis bahan kimia sintetik yang digunakan sejak dahulu lagi untuk mencerahkan kulit. Penggunaan bahan ini sejak dahulu lagi bertujuan menanggalkan sel-sel kulit yang lama, untuk digantikan dengan sel-sel kulit baru. Meskipun ia bukan perkara baru, namun penggunaannya telah menimbulkan sedikit kekecohan apabila beberapa produk disahkan mempunyai kepekatan hidrokuinon berlebihan.Ini kerana adanya aduan daripada mangsa yang mengalami kerosakan kulit dan terpaksa mendapatkan rawatan pakar selepas menggunakannya.

Dengan dos kepekatan yang tinggi, ia boleh meninggalkan kesan seperti kulit terbakar dan merah berbanding dos yang kecil. Sekiranya digunakan dalam jangka masa yang panjang dan didedahkan pula dengan cahaya matahari, ia boleh mengakibatkan terhasilnya tompokan dan bonjolan kekuningan pada kulit yang dikenali sebagai okronosis.

Apabila ini berlaku, tiada kaedah yang dapat mengembalikan kulit menjadi normal. Kepekatan hidrokuinon yang berlebihan bukan saja berbahaya pada kulit, malah boleh menyebabkan keracunan yang serius jika termakan. Jika seseorang termakan dalam jumlah lima hingga 15 gram ia boleh menyebabkan gelugut dan kerosakan sel darah merah.

Jika produk kecantikan yang digunakan mengelupas.. .pedih..kebarang kalian produk tersebut mengandungi racun hidrokuinon adalah tinggi dan ini tidak disedari oleh ramai pengguna.

Pengguna tertarik dengan jaminan bahawa produk tersebut mampu menghilangkan jeragat dan sebagainya …
Memang benar ianya mampu menghilangkan jeragat apabila hidrokuinon mematikan melanin iaitu pewarna dan pelindung semulajadi pada kulit. kulit akan kelihatan putih dalam jangkamasa singkat tetapi pengguna tidak boleh berhenti mengunakan hidrokuinon kerana apabila berhenti walaupun dalam 3-4 hari, kulit akan jadi gelap dan ada juga yang ditumbuhi jerawat dan lebih teruk kulit akan jadi hypersensitif.

Jadi pengguna mengambil keputusan kembali mengunakan produk hidrokuinon dengan alasan tidak sanggup menghadapi masalah kulit apabila berhenti… apa akan jadi selepas 3-4 tahun pengunaan yang berterusan.. ……hidrokuinon akan terus meresap dalam lapisan kedua kulit (dermis) yang mengandungi pelbagai saraf dan saluran darah dan bahan tersebut boleh menyebabkan pelbagai masalah lain dalam jangkamasa panjang seperti sawan, kandungan boleh cacat, koma, kejang otot, kanser kulit dan sebagainya.


Jadilah pengguna bijak dan sayangi diri anda. Jangan kerana inginkan kulit yg putih dari kulit asal, anda sanggup membahayakan diri anda sendiri. Sanggup kah anda melihat kulit muka anda mengelupas?

No comments:

Post a Comment

Leave Your Comment Here