Thursday

APRJR - HANGZOU HADIAH DARI MARY KAY



Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana akhirnya saya berjaya didalam contest yang dianjurkan oleh Mary Kay Malaysia.  Syarat-syaratnya seperti merecruit 10 orang baru untuk menjadi beauty consultant Mary Kay dalam masa 5 bulan telah berjaya saya lakukan.  

Yang paling best semua di tanggung oleh pihak Mary Kay seperti tambang pergi balik, hotel 5 star dan juga makan minum ketika di sana nanti.  Saya hanya perlu menyediakan duit untuk membeli belah sahaja. 

Jika kita percaya pada diri sendiri yang kita boleh lakukan, mesti kita akan berjaya dan akan melakukannya bersungguh-sungguh.




Inilah salah satu pemandangan yang sangat cantik di Hangzou. Terasa-rasa nyaman walaupun saya belum pernah menjejakan kaki ke sana.  Jadual pemergian ke sana di jangka pada bulan 6, 2015. Tak sabar rasanya untuk kesana, boleh belajar dan yang paling seronok boleh shoping. 

Contest APRJR 2015 di jangka akan di buka kembali pada bulan November 2014.  Jika anda ingin bersama-sama beauty consultant Mary Kay untuk pergi ke Hangzou, China secara PERCUMA boleh hubungi kak haneem di 0129234622.  Kita set temujanji ok.  



Sunday

TRUE DIMENSION MARY KAY


《NEW Mary Kay® True Dimensions™ Lipstick》


★ True Dimensions™, mencampurkan warna dan penjagaan kulit untuk keselesaan dan kelicinan indah sempurna. True Dimensions™ Lipstick memberikan bibir dengan lembapan, membantu melicinkan garis halus dan kedutan, membantu bibir berasa lebih pejal dan tampak lebih berisi serta menyerlahkan warna murni bermaya.






Jom serlahkan wajah anda dgn lipstik yg cantik ini, Siapa yg tidak tertarik apabila melihatnya bukan? Warna yg sangat cantik dan packaging yg sangat menawan, Mengandungi Vit E dan Mango Butter yg akan membuatkan bibir anda sentiasa lembab apabila memakainya. Amat sesuai untuk yg mempunyai bibir kering dan sensitif.

Warna-warna baru dari True Dimension Mary Kay

 Citrus Flirt



Tangerine Pop


Sassy Fuchsia


 Sizzling Red


Firecracker


Rosette


Wild About Pink


Pink Cherie


Color Me Coral


First Blush  


Dari kiri - Pink Cherie | Wild About Pink | Color Me Coral | Natural Beaute | Firecracker | Sizzling Red | Rosette | First Blush

Monday

PROJECT SUCCESS RETREAT @ FUTURE AREA




Pada 22nd June kami telah menghadiri retreat yang diadakan di Menara Kuala Lumpur.  Semua beauty consultant dari seluruh Malaysia hadir.  Ada yang datang dari Sabah, Penang, Kelantan, Terengganu dan hampir semua negeri.  Niat kami satu sahaja ingin belajar dari mentor-mentor yang telah pun berjaya di dalam dunia Mary Kay. Retreat kali ini kami telah belajar dari mentor ESD Nafisah Omar, SSD Roseleza, SSD Rubiah dan juga SD Norizan. Wow ilmu dan segala perkongsian mereka sangat membuat BC teruja dan terus menanam perasaan ingin berjaya seperti mereka juga satu hari nanti.  Insya Allah.



Sampai aje di Menara KL kami terus mendaftar, dan tanpa di sangka saya telah terpilih untuk duduk di kerusi istimewa.  Kerusi VIP Seat namanya, di salut dengan cover gold. Duduk di barisan hadapan dan yang paling best kami dapat naik ke Observation Deck, tahap tetinggi di Menara KL yang dibenarkan naik tempat melihat anak bulan, mmg hebat, mmg tinggi dengan pemandangan Kuala Lumpur yang indah. Ketinggian menara ini 276 meter dari bawah dan kos untuk naik ketahap ini adalah RM99 seorang tapi kami yang mendapat VIP seat dapat naik FREE sahaja. Best kan.

Bersama my Lovely SSD Rokie Ariffin dan my lovely BC Miza Salleh. Bergambar di Observation Deck, Menara KL









Kami yang hadir bergambar bersama-sama dengan SD, SSD dan ESD. 


Thursday

JEMPUTAN MENJADI SEORANG HOSTESS MARY KAY

Selamat Pagi semua.....

Kak Haneem ingin menjemput anda semua untuk menjadi Hostess (Tuan Rumah) untuk kelas kecantikan saya. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan menjadi Tuan Rumah untuk aktiviti-aktiviti seperti berikut dan menjemput rakan-rakan anda untuk hadir. Bilangan peserta diperlukan adalah 8-10 orang utk setiap sesi. Kelas kecantikan ini ada 2 sesi dan boleh diadakan pada hari yang sama atau berlainan. Boleh dilakukan di rumah/pejabat atau di mana-mana sahaja tmpt yg sesuai:-
1. Kelas penjagaan kulit wajah (2 jam) - demo dan praktikal
2. Kelas asas solekan (2 jam) - demo dan praktikal

BONUS:
1. Kelas penjagaan bibir spt Lips Spa, Lipstick Party, dsbgi (1/2 jam) juga akan diadakan. 

Sesi ini adalah PERCUMA. Segala peralatan akan kak Haneem sediakan. Di samping dapat mencantikkan dan meningkatkan ketrampilan diri, kita dapat juga mengeratkan silaturrahim sesama kita.

Sebagai Hostess, saya akan memberikan hadiah-hadiah berikut sebagai tanda penghargaan..

Utk Sesi 1 & 2, anda akan mendapat Set Satin Hands Pampering Set seperti di bawah ini.

Lima (5) Hostess yang terawal, akan mendapat satu lagi HADIAH MISTERI dari saya. Hubungi saya, Kak Haneem di 0129234622 untuk maklumat lanjut.

Wednesday

SERUM C MARY KAY


Tahukan anda serum adalah seperti makanan kulit,  dapat memperbaiki kulit kita yang selama ini tidak dijaga dengan baik. Ia mengandungi banyak nutrient yang diperlukan oleh kulit.  Selain itu, sekiranya kita pernah menggunakan produk yang merbahaya, serum ini dapat membantu memulihkan kembali kulit di bahagian bawah kulit yang di panggil dermis. Tahukan anda hanya serum dapat masuk ke bahagian dermis kulit. Barangan lain selain serum tidak akan dapat masuk ke bahagian berikut. Vitamin C pula merupakan pencerah semulajadi, membantu kulit awet muda, tegang dan menyembunyikan usia sebenar setiap wanita.

Apakah kandungan serum C Mary Kay ini? Jawapannya adalah  semua jenis buah-buahan dan tumbuhan yang anda dapat lihat dalam gambar dibawah ini.

   
Serum C Mary Kay didatangkan dalam 4 tiub. Setiap tiub mempunyai  7  sukatan iaitu untuk digunakan selama 7 hari sahaja. Untuk pengetahuan anda Vitamin C akan cepat rosak,  oleh kerana itu Serum C ini di datangkan dalam 4 tiub kecil, 1 tiub untuk seminggu bermakna 4 tiub untuk sebulan. Untuk mendapatkan hasil yang superb anda boleh menggunakannya setiap 6 bulan sekali. Inilah kunci utama kulit wajah yang licin dan cantik setiap beauty Consultant Mary Kay. Bak kata orang kami menggunakan botox tapi inilah botox kepada setiap ahli Mary Kay.



Thursday

MARY KAY CC CREAM SUNSCREEN SPF15




Wow perkenalkan produk terbaru dari Mary Kay iaitu CC Cream Sunscreen SPF15. Apa tu CC cream? BB cream ke atau foundation ke? Ok jom kita ambik tahu serba sidikit apa perbezaan antara BB cream dan CC cream ni ok.

BB cream kalau uols nak tahu ialah sejenis cairan yang mengabungkan fungsi pelembap, Primer, Sun Protector, Foundation dan juga Anti Aging Cream.

CC cream pula lebih advanced dari BB cream. CC cream itu sendiri adalah singkatan dari Colour Correction atau Complextion Correction. Ia bebas minyak dan teksturnya lebih ringan dari BB cream.  Oleh kerana itu ia sangat sesuai kegunaan harian anda.

Apa kelebihkan CC Cream ini?
1. Sesuai untuk semua jenis kulit
2. Sesuai juga untuk kulit yang berjerawat dan Sensitif
3. Bebas Minyak & wangi
4. Diuji oleh pakar dermologi.






Dan ini adalah salah satu testimoni pengguna yang telah menggunakan CC cream keatas kulit beliau. Nampak sangat sekata dan flawless.  Lingkaran mata gelap pun tidak kelihatan tapi yang beliau suka muka tidak berminyak walaupun selepas pulang dari bershoping.  Uols boleh refer di sini http://blog.myfatpocket.com/beauty-affair/2014/03/review-mary-kay-cc-cream-sunscreen-broad-spectrum-spf-15/


Saturday

KEBAIKKAN SET TIMEWISE MARY KAY





APABILA usia mencecah 40-an, kebanyakan wanita berasa gusar dengan tanda penuaan yang mula jelas kelihatan.

Wajah dulunya masih kelihatan muda kini sudah menunjukkan kedutan malah ia mungkin menambah tekanan kepada sesetengah wanita.Perlu diketahui, ketika berada dalam lingkungan usia 20-an hingga 30-an, tanpa disedari garis halus mula muncul secara perlahan pada wajah.

Apabila memasuki usia 30-an, garis kedutan yang dulu hanya kelihatan sedikit kini bertambah jelas khususnya di bahagian mata.

Walaupun kedutan mula bertambah, sebenarnya ia masa terbaik untuk mula melakukan penjagaan wajah dengan produk antipenuaan bagi membantu melambatkan prosesnya.

Terdapat dua faktor penuaan berlaku pada kulit iaitu dalaman dan luaran. Faktor dalaman atau dikenali sebagai proses penuaan semula jadi adalah satu proses yang berterusan dan biasanya bermula pada pertengahan 20-an.

Pada awal usia 20-an, kulit akan mula melambatkan penghasilan kolagen dan elastin yang menyebabkan kulit kurang anjal.

Antara tanda jelas penuaan biasa dapat dilihat adalah kedutan, penipisan kulit, kering dan gatal serta kemunculan garis halus terutama di bahagian dahi atau mata.

Selain dalaman, faktor luaran juga boleh membantu mempercepatkan penuaan disebabkan tekanan dari alam sekitar seperti pendedahan kepada cahaya matahari dan gaya hidup tidak sihat.

Ini termasuk merokok, kurang bersenam, pengambilan alkohol, tekanan, tidur tidak mencukupi dan amalan pemakanan kurang sihat.

Berbanding mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam dan menjaga pemakanan, ia dapat menjadikan kehidupan lebih ceria, awet muda serta cergas sekali gus membantu melambatkan proses penuaan pada kulit.


Walaupun penuaan suatu proses berlaku secara semula jadi untuk setiap manusia tidak mengira jantina, mencegah adalah lebih baik daripada merawat bagi membantu melambatkan kemunculannya. 

Sekarang dengan TimeWise® Miracle Set® ialah satu rejimen terbukti yang direka khas untuk membawakan faedah penentang usia yang anda inginkan. Empat produk hebat dalam set ini memberikan faedah membersih, mengelupas, menyegar, menghidrat, melicin, menegang, melembut, melindungi, mencesgas, membina semula dan mengurangkan garis halis dan kedutan. semua ini direka untuk bertindak dengan keperluan kulit anda pada siang hari dan waktu malam untuk melawan tanda penuaan supaya kulit anda kelihatan lebih muda.